Intrauterine Insemination (IUI) atau juga dikenali sebagai permanian beradas yang dilakukan apabila sperma dari suami yang telah diproses akan dimasukkan ke dalam rahim isteri oleh Doktor. Tujuan proses ini adalah bagi meningkatkan kebarangkalian proses persenyawaan berlaku. Rawatan IUI ini melibatkan beberapa siri saringan ujian imbasan bunyi (ultrasound) kepada isteri bagi memastikan waktu subur dan pembesaran telur bagi menentu waktu IUI dilakukan. Secara kebiasaannya, rawatan IUI ini boleh ditawarkan kepada pasangan yang mempunyai bacaan sperma yang separa optimal (mild male factor) ataupun kepada pasangan yang tidak diketahui punca sebenar ketidaksuburan (unexplained infertility) selepas disaring.
Rawatan IUI ini adalah kurang intensif berbanding dengan rawatan IVF. Kos rawatan IUI juga jauh lebih murah berbanding dengan IVF. Namun begitu peratus pasangan yang berjaya mengandung adalah lebih rendah dibandingkan dengan rawatan IVF. Ini adalah kerana walaupun rawatan IUI menempatkan sperma ke dalam rahim isteri, faktor lain seperti waktu optima IUI dilakukan, samada berlaku atau tidak proses persenyawaan dan seterusnya perkembagan embrio yang dihasilkan tidak dapat diketahui dengan lebih jelas, berbanding dengan rawatan IVF.
Comments