PERKHIDMATAN
KAMI
Di Sophea kami komited dalam menawarkan pemeriksaan kesuburan yang menyeluruh kepada setiap pasangan suami isteri. Pemeriksaan ini meliputi aspek latarbelakang kesihatan, pemeriksaan fizikal serta saringan ujian darah, imbasan bunyi (ultrasound) dan pemeriksaan sperma dari air mani.
Kami juga menawarkan perkhidmatan pembedahan kecil dengan menggunakan kamera (laparoscopy) bagi pasangan yang memerlukan.
Berdasarkan keputusan ujian yang dilakukan, ianya dapat membantukan memberi rawatan yang sesuai bagi setiap pasangan.
Adalah penting bagi setiap pasangan suami isteri untuk tampil menjalankan ujian saringan bersama. Ini adalah kerana masalah kesuburan boleh melibatkan kedua-dua pasangan pada masa yang sama.
Pemeriksaan Latarbelakang Kesihatan
Setiap pasangan suami isteri akan disaring mengenai latarbelakang kesihatan masing-masing seperti:
-
Kitaran haid
-
Senggugut
-
Sakit tuan
-
Angin pasang
-
Rawatan kesihatan yang pernah dilakukan
-
Latarbelakang gaya hidup seperti merokok, pengambilan steroid dan sebagainya
Sekiranya pasangan telah menerima rawatan kesuburan sebelum ini, adalah penting untuk kami di Sophea melihat rekod yang ada agar ujian yang sama tidak diulangi semula sekiranya tidak diperlukan.
Pemeriksaan Fizikal
Memiliki berat badan yang normal adalah salah faktor penting bagi memiliki tahap kesuburan yang optimum. Berat badan yang tinggi (Body Mass Index > 25) atau rendah (Body Mass Index < 19) boleh menjejaskan tahap kesuburan. Di Sophea kami juga akan melakukan pemeriksaan wanita untuk memastikan masalah seperti ketumbuhan fibroid atau ketumbuhan cyst dapat dikesan.
Bagi pasangan lelaki, pemeriksaan fizikal jarang dilakukan. Pemeriksaan fizikal bagi pasangan lelaki hanya dilakukan sekiranya terdapat keperluan seperti bacaan bilangan sperma yang rendah atau masalah lain seperti bengkak di kilang telur lelaki.
Di Sophea kami komited agar pasangan wanita hanya diperiksa oleh doktor wanita dan lelaki oleh doktor lelaki mengikut keperluan.
Analisis Bacaan Bilangan Sperma
Pemeriksaan bilangan sperma adalah pemeriksaan asas dalam saringan kesuburan.
Di Sophea kami berusaha untuk memenuhi keperluan pasangan suami isteri dengan menyediakan bilik yang lengkap dengan kemudahan mandi dan bersuci.
Sampel sperma tersebut akan diperiksa di makmal kami sejurus selepas ianya dihasilkan oleh pegawai makmal yang bertauliah.
Pemeriksaan Imbasan Bunyi (Ultrasound) Pelvis
Pemeriksaan imbasan bunyi (ultrasound) bagi wanita di jalankan di Sophea bagi tujuan melihat dengan lebih jelas bentuk rahim dan kilang telur (ovari). Ianya dilakukan secara imbasan dalaman (transvaginal) bagi mendapatkan imej yang lebih jelas terutamnya pada kilang telur. Di mana pengiraan jumlah bilangan telur (antral follicle count) yang berpotensi menerima rangsangan dapat dilakukan sekiranya rawatan diperlukan.
Pemeriksaan Tiub Fallopian
Di Sophea, pemeriksaan ini boleh dilakukan dengan dua kaedah iaitu:
1. Sinar x-Ray
2. Imbasan bunyi (ultrasound)
Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan tiub Fallopian tidak tersumbat.
Ujian Darah
Terdapat pelbagai ujian darah yang dapat dilakukan di Sophea.
Antara ujian darah yang utama dilakukan ialah pemeriksaan paras Anti-mullerien Hormone (AMH) pada wanita. AMH dapat memberikan bacaan paras simpanan rizab telur seseorang wanita.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap wanita dilahirkan dengan bilangan rizab telur yang tertentu. Bilangan ini yang akan berkurangan mengikut kadar usia.