top of page

TENTANG KAMI

Sophea adalah sebuah pusat pakar kesuburan lengkap yang memberikan servis daripada semua jenis pemeriksaan kehamilan kepada semua jenis rawatan kesuburan yang diperlukan oleh anda.

Kami juga ingin memastikan yang semua langkah pemeriksaan dan rawatan yang disediakan adalah mengikut rukun-rukun Islami supaya anda dapat melalui perjalanan menuju kehamilan dengan rasa tenang.

 

Usaha ini dijalankan dengan teknik-teknik dan teknologi terkini sejajar dengan perkembangan pesat di dalam bidang fertiliti.


Kami adalah sebuah pusat rawatan kesuburan yang dikendalikan oleh satu pasukan kesuburan yang terdiri dari kaum wanita supaya pesakit merasa selesa untuk melalui proses-proses ujian dan rawatan yang diperlukan.

JANJI KAMI

Kami akan mengiringi langkah anda dalam menuju impian anda. Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan bertaraf antarabangsa mengikut keperluan tertentu anda.

Sophea menawarkan pakej pemeriksaan dan rawatan kesuburan yang lengkap berlandaskan prinsip dan rukun Islami agar pasangan melalui perjalanan ke arah kehamilan dengan tenang, tanpa ragu-ragu.

Just The Flower.jpg
bottom of page