LAWATAN PERTAMA ANDA:
UJIAN PEMANTAUAN
Syabas diucapkan kepada anda berdua untuk tampil di lawatan pertama pemeriksaan kesuburan anda kerana usaha anda untuk mencapai impian anda untuk mendapatkan cahayamata telah bermula.
Sejarah Kesihatan
Pada lawatan yang pertama, doktor akan bertanya tentang kitaran haid and, permasalahan kesihatan sebelumnya, ubat-ubatan yang diambil dan juga masalah kesihatan yang berkaitan dengan keturunan seperti Thalassaemia dan penyakit genetik yang lain. Masalah kesihatan sedia ada seperti diabetes dan darah tinggi perlu dikawal dengan baik sebelum memulakan rawatan kerana ia memberi kesan kepada peluang untuk hamil dan juga kesihatan kandungan. Adalah lebih baik jika anda membawa salinan rekod rawatan sebelumnya untuk dibincangkan.
Pemeriksaan
Pemeriksaan fizikal akan dilakukan ke atas pihak isteri. ‘Ultrasound’ dari bahagian perut dan faraj akan dilakukan untuk memeriksa rahim dan ovari(bank telur). Ujian ‘paps smear’ juga mungkn akan dilakukan jika perlu.
Ujian
-
Ujian darah : AMH (Anti Mullerian Hormone) untuk memeriksa rizab telur.
-
Ujian air mani: Untuk menentukan kuantiti dan kualiti sperm.
-
Ujian lain: HSG & Ujian Xray tiub Fallopio
Prosedur
-
Laparoskopi: Ujian Kamera ke dalam perut untuk melihat rahim dan tiub secara langsung
-
Histeroskopi: Ujian Kamera ke dalam rongga rahim