FAKTOR ISTERI
Sesetengah isteri mempunyai masalah yang melibatkan kualiti telur atau kekerapan telur yang dilepaskan melalui proses ovulasi, masalah endometriosis, faktor usia, tiub fallopian, fibroid, keadaan rahim yang tidak normal ataupun masalah yang tidak dapat dikenal pasti.
Antara faktor ketidaksuburan isteri termasuklah:
Polycystic Ovary (PCOS)
PCOS berlaku apabila telur gagal mengalami proses ovulasi. PCOS adalah salah satu perkara yang sering berlaku teruatamanya bagi wanita yang mempunyai berat badan atau BMI yang tinggi. Dianggarkan 1 dari 5 wanita mengalami PCOS.
Endometriosis
Endometriosis berlaku apabila sel dinding rahim berada diluar rahim. Pada setiap kitaran haid, sel ini juga terangsang dan mengakibatkan berlakunya parut diluar rahim, tiub tersumbat dan pembentukkan cyst oleh darah terkumpul di kilang ovari.
Faktor Usia
Kadar kesuburan lelaki dan wanita menurun dengan usia. Namun impak kemerosotan kesuburan ini adalah lebih terkesan kepada kaum wanita. Wanita yang telah berusia, bukan sahaja mempunyai jumlah bilangan telur yang berkurangan malah mempunyai kualiti telur yang rendah.
Masalah kesuburan yang tidak dikenal pasti (Unexplained fertility)
Sesetengah pasangan mempunyai keputusan saringan kesuburan yang normal. Ini bermaksuk melalui ujian pemeriksaan yang dilakukan, tiada sebarang sebab dapat dikenal pasti yang boleh menyebabkan ketidaksuburan. Situasi ini juga dikenali sebagai Unexplained Infertility, yang merangkumi hampir 1 daripada 4 pasangan suami isteri. Rawatan kesuburan seperti IVF dapat meningkatkan peluang pasangan menimang cahaya mata.
Tiub Fallopian yang tersumbat
Tiub Fallopian memainkan peranan penting dalam menangkap telur selepas proses ovulasi dan menjadi medium dalam membenarkan sperma bertemu dengan telur. Proses persenyawaan berlaku di dalam tiub ini. Telur yang telah disenyawakan iu akan dibawa ke rahim melalui tiub fallopian.
Sekiranya tiub tersumbat, proses di atas tidak dapat berlaku. Sekiranya ianya berlaku, terdapat risiko yang tinggi untuk kandungan luar rahim berlaku.
Tiub boleh tersumbat akibat jangkitan ataupun trauma dari pembedahan. Jangkitan seksual seperti jangkitan chlamydia juga boleh menyebabkan tiub fallopian tersumbat.
Menopos di usia muda
(Premature Ovarian Insufficiency)
Umur menopos berlaku pada awal 50-an. Namun sesetengah wanita mengalami menopos pada usia jauh lebih muda iaitu ketika se-awal usia 30-an, 20-an mahupun ketika di usia remaja. Malangnya tiada rawatan yang dapat membantu bagi melambatkan proses awal menopos. Wanita yang melalui menopos awal digalakkan mengambil hormon gentian bagi mengurangkan risiko penyakit lain seperti osteoporosis atau tulang rapuh.