
Pakar Kesuburan Sophea
Temui barisan doktor kami yang berdedikasi dan berpengalaman, sedia membantu anda melangkah menuju impian menjadi ibu dan ayah.
.png)
Pengarah Perubatan, Pakar Obstetrik, Ginekologi & Pakar Kesuburan​
Dr. Norazlin Binti Rosli,
MBChB (Glasgow), MRCOG (UK)
Lokasi: Sophea@PetalingJaya
Dr. Norazlin Rosli ialah Pakar Obstetrik & Ginekologi berpengalaman lebih 20 tahun. Beliau merupakan graduan perubatan dari University of Glasgow dan ahli Royal College of Obstetricians and Gynaecologists (UK).
Pengalaman beliau merangkumi perkhidmatan di hospital awam di UK, Brunei dan Singapura. Sekembalinya ke Malaysia, beliau berkhidmat sebagai Pakar Perunding O&G di Hospital Sungai Buloh sebelum menyertai sektor swasta.
Dr. Norazlin pakar dalam rawatan kesuburan dan teknik reproduktif lanjutan, serta komited memberikan penjagaan yang peribadi dan penuh empati kepada setiap wanita dalam perjalanan kesuburan mereka.
.png)
Pakar Obstetrik dan Ginekologi & Perubatan Reproduktif
Dr. Noor Shaheeran Abdul Hayi,
MBBS (USM), MRCOG (UK)
Lokasi: Sophea@PetalingJaya
Dr. Noor Shaheeran mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam penjagaan kesihatan wanita. Beliau graduan perubatan dari Universiti Sains Malaysia dan ahli Royal College of Obstetricians and Gynaecologists (UK). Pada tahun 2023, beliau melengkapkan latihan dalam Perubatan Reproduktif di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kepakaran beliau merangkumi penjagaan kehamilan, kehamilan berisiko tinggi, penilaian kesuburan, saringan ginekologi dan prosedur invasif minima. Dikenali dengan pendekatan yang penyayang dan berfokus kepada pesakit, beliau komited dalam menjaga kesihatan reproduktif wanita secara menyeluruh.
.png)
Pakar Obstetrik dan Ginekologi & Perubatan Reproduktif
Dr Maiza Binti Tusimin,
BSc.Med(Hons), MD (UPM), Dr.ObGyn(UKM), Fellowship Reproductive Medicine & Infertility (UKM), Cert Assisted Reproductive Technology (S’pore)
Lokasi: Sophea@PetalingJaya
Dr. Maiza merupakan graduan perintis program Perubatan UPM pada tahun 2001 dan menjadi Pakar Obstetrik & Ginekologi pada 2010. Beliau melanjutkan subkepakaran dalam Perubatan Reproduktif di UKM serta latihan dalam Teknologi Reproduktif Berbantu di National University Hospital, Singapura.
Berpengalaman hampir 19 tahun dalam sektor kerajaan, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan O&G di Fakulti Perubatan dan Hospital Pengajar UPM sebelum menyertai sektor swasta pada 2020. Kini, beliau adalah Pakar Perubatan di Prince Court Medical Centre dan Pakar Fertiliti di Sophea Fertility Centre.
Dr. Maiza aktif dalam penyelidikan, penulisan kesihatan wanita dan kesuburan, serta sering dijemput untuk ceramah profesional dan forum kesihatan awam. Beliau juga kolumnis tetap Dewan Kosmik sejak 2021, menulis isu-isu berkaitan kesihatan wanita, kehamilan dan kesuburan.
.png)
Pengarah Perubatan, Pakar Obstetrik, Ginekologi & Pakar Kesuburan
Dr. Salleha Khalid,
Certificate in Assisted Conception | British Fertility Society (BFS) UK 2019,
MRCOG, RCOG, UK (2014)
Lokasi: Sophea@Bangi
​Dr. Salleha Khalid menyertai Pusat Kesuburan Sophea pada tahun 2020, di mana beliau sangat menitik beratkan penjagaan rawatan kesuburan dengan pendekatan empati, memberi didikan dan kesedaran mengenai kesuburan sepanjang perjalanan rawatan pasangan.
Beliau memperoleh ijazah doktor perubatan dari Universiti Putra Malaysia pada 2004 dan menamatkan latihan kepakaran dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi di United Kingdom dengan memperoleh MRCOG pada 2014. Beliau kemudiannya mengikuti latihan sub-kepakaran dalam Perubatan Reproduktif dan memperoleh sijil ‘Assisted Conception’ daripada British Fertility Society.
​Dr. Salleha sangat aktif di ruang media sosial dengan memuat-naik pelbagai video yang mengandungi unsur-unsur pendidikan tentang kesedaran kesihatan dan kesuburan dengan cara yang informatif, menarik, santai dan menghiburkan.