GARIS PANDUAN SYARAK

Rezeki untuk mendapat cahayamata semuanya adalah kuniaan yang Allah yang maha kuasa.


Usaha untuk mendapatkan cahayamata itu adalah usaha murni yang terpuji di dalam Islam. Jadi ia seharusnya  dilakukan mengikut garis panduan yang dibenarkan oleh syarak , mengikut “ maqasid Syariah”

Beberapa muzakarah dari Majlis agama Islam Malaysia telah menggariskan:

1. Muzakarah ke-5 (1982) telah menggariskan yang hokum rawatan IVF, di mana embrio yang terhasil dari persenyawaan telur dan sperma dari pasangan suami isteri yang sah adalah Harus. 

2. Muzakarah ke-55 ( 2003) telah menetapkan yang pemindahan embrio ke dalam rahim isteri setelah kematian si suami adalah tidak dibenarkan.

3. Muzakarah-56 (2006 ) telah bersepakat yang persenyawaan telur yang telah dihasilkan sebelum perkahwinan yang sah, dengan sperma suami adalah haram walaupun proses persenyawaan itu telah dilakukan setelah ijabkabul dilaksanakan.

4. Muzakarah ke-80 (2008) telah menetapkan yang ‘ibu tumpangan’/ “ surrogacy” adalah haram walaupun embrio itu telah dihasilkan dari sperma dan telur dari pasangan suami isteri yang sah.

5. Rawatan kesuburan hendaklah dilakukan di antara pasangan suami isteri tanpa ada individu ketiga. Ia juga mesti dilakukan di dalam tempoh perkahwinan, bukan sebelum atau sesudah kematian si suami.

  • Black Facebook Icon
  • Black Instagram Icon

PUSAT KESUBURAN SOPHEA

info@sopheafertility.com

+60(3) 7622 8622

Hakcipta © 2019 Pusat Kesuburan SOPHEA. Semua Hakcipta Terpelihara.