SELEKSI LAWATAN
Program IVF dengan DUA Lawatan (Hari pertama dan Ke-10)
Pilihan ini lebih sesuai jika anda lebih suka untuk datang 2 kali sepanjang tempoh rawatan anda selama 18 hari. Lawatan pertama adalah lawatan harian dan kedua ialah selama lebih kurang 10 hari.
Bagaimana?
-
Langkah pertama ialah datang untuk lawatan harian untuk merangka jadual rawatan anda.
-
Sewaktu lawatan ini, anda akan dibekalkan dengan ubat suntikan untuk dibawa pulang. Anda akan melakukan suntikan harian sehingga anda datang untuk lawatan berikutnya, dan tinggal di negara ini sehingga rawatan anda tamat.
-
Lawatan kedua anda ialah pada hari ke-10 kitaran haid. Pemeriksaan akan dilakukan untuk memastikan kematangan telur dan bila proses pengeluaran telur perlu dibuat.
-
Telur-telur akan disenyawakan dengan sperma suami anda pada hari pengeluaran telur.
-
Pemindahan embrio akan dilakukan selepas 2-5 hari selepas itu.
Anda boleh pulang semula setelah berehat selama satu atau dua hari selepas proses pemindahan embrio. Ada juga pasangan yang memilih untuk tinggal lebih lama, sehingga 14 hari selepas pemindahan embrio. Anda boleh membuat ujian kehamilan dan berbincang dengan doktor sebelum anda pulang ke tempat asal.
Untuk pasangan yang telah memilih untuk program saringan genetic ke atas embrio-embrio anda, tiada proses pemindahan embrio akan dilakukan pada kitaran haid yang sama. Embrio-embrio akan disejukbeku melalui proses ‘cryopreservation’ setelah prosedur biopsy telah dilakukan. Jadi lawatan kedua hanya mengambil masa selama 5 hari sahaja. Tetapi, lawatan ketiga perlu dilakukan untuk proses pemindahan embrio. Ujian ‘ultrasound’ dan ubat-ubatan untuk program pemindahan embrio boleh dimulakan di negara and sendiri. Jadi anda hanya perlu tinggal di sini selama dua ke tiga hari sahaja.