Skip to content

Memahami Peluang Kejayaan IVF Anda

Ketahui faktor-faktor yang boleh mempengaruhi kejayaan IVF serta bagaimana kami di Sophea dapat menyokong anda dalam setiap langkah rawatan.

Sumber Berguna
1

Apakah yang Dimaksudkan dengan Kadar Kejayaan IVF?

Kadar kejayaan IVF menunjukkan kemungkinan sesuatu rawatan IVF menghasilkan kehamilan atau kelahiran bayi. Namun, setiap pusat kesuburan mungkin menggunakan kaedah pengiraan dan pelaporan yang berbeza. Oleh itu, ianya penting untuk memahami maksud di sebalik angka yang dipaparkan.

Antara ukuran yang biasa digunakan ialah:

  • Kadar Kehamilan Klinikal: Peratusan kitaran IVF yang menghasilkan kehamilan yang disahkan melalui pemeriksaan ultrasound.
  • Kadar Kelahiran Hidup: Peratusan kitaran IVF yang menghasilkan kelahiran bayi.
  • Kadar Implantasi: Peratusan embrio yang dipindahkan dan berjaya melekat pada lapisan rahim.

Walau bagaimanapun, peluang kejayaan anda tidak boleh ditentukan berdasarkan satu angka sahaja. Pakar fertiliti akan menilai keadaan dan keperluan anda secara menyeluruh supaya anda mendapat gambaran yang lebih tepat dan realistik tentang peluang kejayaan rawatan. 

2

Peluang Kejayaan IVF Anda

Kadar Kehamilan Klinikal dan Kadar Implantasi Sophea yang dipaparkan di bawah adalah berdasarkan data terkini yang dikumpulkan di Sophea Fertility Centre pada tahun 2026.

Kadar Purata Kehamilan Klinikal Sophea 

  • Tiada Menjalani Ujian PGT: 58.10%
  • Menjalani Ujian PGT: 83.30%

Kadar Purata Implantasi Klinikal Sophea (secara purata): 

  • Tiada Menjalani Ujian PGT: 51.20%
  • Menjalani Ujian PGT: 85.70%
3

Faktor-Faktor yang Boleh Mempengaruhi Kejayaan IVF

Peluang kejayaan IVF dipengaruhi oleh beberapa faktor, antaranya:

  • umur
  • kualiti telur dan sperma
  • kualiti embrio
  • kesihatan rahim
  • keseimbangan hormon
  • gaya hidup

Setiap perjalanan kesuburan adalah berbeza. Oleh itu, peluang kejayaan IVF juga berbeza bagi setiap pasangan. Pakar fertiliti kami akan menilai keadaan anda secara menyeluruh dan memberikan pandangan yang lebih tepat berdasarkan situasi individu anda.

4

Sokongan Sophea Sepanjang Perjalanan IVF Anda

Kami memahami bahawa setiap perjalanan IVF adalah berbeza. Oleh itu, penjagaan dan sokongan kami disesuaikan dengan keperluan anda pada setiap peringkat rawatan.

Pendekatan kami merangkumi:

  • pelan rawatan berdasarkan penilaian kesuburan anda
  • penjagaan oleh pakar kesuburan dan ahli embriologi yang berpengalaman
  • teknologi makmal moden yang menyokong perkembangan embrio
  • penilaian embrio secara teliti bagi membantu menentukan langkah rawatan yang sesuai
  • penerangan, bimbingan dan sokongan berterusan sepanjang rawatan anda
5

Ambil Langkah Seterusnya Bersama Pakar Fertiliti Kami

Jika anda sedang berusaha untuk hamil dan memerlukan panduan, pakar fertiliti Sophea sedia mendengar, memahami keadaan anda dan membantu mengenal pasti pilihan yang sesuai.

Kenali pakar-pakar fertiliti kami di bawah dan pilihlah doktor untuk membuat temu janji anda.

Jadualkan Temu Janji Anda dengan Kami

Tempah sekarang

Jam Biologi Kesuburan

Alat ini membantu anda memahami:

  • Peluang untuk hamil secara semula jadi setiap bulan sekiranya anda tidak mempunyai masalah kesuburan
  • Kadar kejayaan IVF pada usia yang sama
  • Bila masa yang sesuai untuk mendapatkan bantuan sekiranya anda telah mencuba untuk hamil tetapi masih belum berjaya

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang kesuburan anda, kami menggalakkan anda untuk membuat temu janji dengan pakar fertiliti atau mendapatkan konsultasi percuma bersama jururawat kami. Lebih awal anda mendapatkan nasihat dan merancang langkah seterusnya, lebih banyak pilihan yang boleh dipertimbangkan untuk menyokong peluang kehamilan anda.

Bilakah Anda Perlu Berjumpa dengan Pakar Fertiliti

Jika anda mempunyai PCOS, endometriosis atau pernah menjalani rawatan kanser, kami menggalakkan anda mendapatkan nasihat lebih awal. Pakar kami boleh membantu menerangkan pilihan yang tersedia dan membimbing anda dalam menentukan langkah yang sesuai berdasarkan keadaan anda.

Jika anda seorang wanita bujang yang mempertimbangkan untuk menjadi ibu pada masa hadapan, berbincang dengan pakar fertiliti lebih awal boleh membantu anda memahami pilihan pemeliharaan kesuburan seperti pembekuan telur. Pilihan ini boleh dipertimbangkan ketika rizab ovari dan kualiti telur masih berada pada tahap yang lebih baik.

Masukkan umur anda dan tempoh anda telah mencuba untuk hamil secara semula jadi
26
2
Peluang untuk hamil secara semula jadi setiap bulan bagi pasangan tanpa masalah kesuburan
Peluang untuk mendapat bayi bagi setiap kitaran IVF jika mengalami cabaran kesuburan

Kalkulator Indeks Jisim Tubuh (BMI)

Berat badan yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menjejaskan kesuburan. Oleh itu, penting untuk mengekalkan berat badan dalam julat yang sihat.

Indeks Jisim Tubuh (BMI) ialah ukuran yang digunakan untuk menilai sama ada berat badan anda berada dalam julat yang sihat berdasarkan ketinggian. BMI dikira dengan membahagikan berat badan dalam kilogram dengan kuasa dua ketinggian dalam meter.

  • BMI = Berat (kg) ÷ [Ketinggian (cm) × Ketinggian (cm)] × 10,000

Untuk menyokong peluang kehamilan yang lebih baik, anda disarankan mengekalkan BMI antara 20 hingga 25.

BMI Wanita di Bawah 19

Apabila BMI seorang wanita berada di bawah 19, tubuh mungkin bertindak balas terhadap kekurangan tenaga dengan mengurangkan atau menghentikan proses ovulasi.

Senaman yang terlalu berlebihan juga boleh menyebabkan peratusan lemak badan menjadi terlalu rendah dan jisim otot meningkat sehingga kitaran haid terganggu atau terhenti. Wanita dengan BMI yang terlalu rendah juga mempunyai risiko keguguran yang lebih tinggi.

Berat Badan Terlalu Rendah

Jika BMI seorang wanita berada di bawah 19, tubuh mungkin bertindak balas terhadap kekurangan tenaga dengan mengurangkan atau menghentikan proses ovulasi.

Aktiviti fizikal yang terlalu intensif boleh mengurangkan peratusan lemak badan dan meningkatkan jisim otot sehingga kitaran haid menjadi tidak teratur atau terhenti. BMI yang terlalu rendah juga dikaitkan dengan peningkatan risiko keguguran.

BMI Melebihi 30

BMI melebihi 30 boleh mengurangkan tahap kesuburan sehingga 50%.

Kehamilan bagi wanita dengan BMI 30 dan ke atas juga lebih kerap dikaitkan dengan beberapa komplikasi, termasuk diabetes semasa hamil, tekanan darah tinggi, bayi bersaiz besar serta peningkatan risiko kelahiran secara pembedahan Caesarean.

Masukkan ketinggian dan berat badan anda untuk mendapatkan bacaan BMI