Dr Nuguelis Binti Razali
Pakar Obstetrik, Ginekologi & Fertiliti
Kelayakan Profesional:
- University of Nottingham, U.K.
2007 - Subspeciality Training in Reproductive Medicine and Artificial Reproductive Technologies - Universiti Malaya
2004 - Masters Obstetrics and Gynaecology (MOG)
1996 - Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS)
Pendaftaran Profesional:
- Majlis Perubatan Malaysia
- Daftar Pakar Kebangsaan (Obstetrik & Ginekologi)
Bahasa yang Dituturkan:
- English
- Bahasa Malaysia
Mengenai Doktor:
Dr Nuguelis percaya bahawa setiap perjalanan rawatan kesuburan adalah unik kerana setiap pasangan mempunyai keperluan yang berlainan. Oleh itu, dengan berbekalkan pengalaman dan ilmu pengetahuan, setiap pasangan akan diberi pemahaman dan bimbingan yang terbaik dalam membuat keputusan.
Pengalaman mengembara dan meneroka kepelbagaian budaya, menyebabkan beliau lebih terbuka kepada pendapat dan persoalan pasangan. Pada masa yang sama, beliau menghargai setiap hubungan sesama insan dengan berkongsi hasil masakan dan bertukar pendapat sambil menikmati hidangan yang enak pada waktu lapang.
Beliau percaya bahawa pendekatan yang terbaik dalam rawatan kesuburan bermula dengan komunikasi yang berkesan. Ini membolehkan pasangan mengetahui lebih lanjut tentang masalah dan keperluan tersendiri, berasa dibimbing dan berkeyakinan dalam membina keluarga bahagia.