Apakah Itu Pakej IVF NextGen Sophea?
Setiap embrio berkembang dengan caranya yang tersendiri. Pakej IVF NextGen Sophea menggabungkan rawatan IVF dengan 2 teknologi yang memberikan maklumat tambahan tentang embrio dari sudut yang berbeza:
- Time-Lapse Embryo Imaging merupakan teknologi inkubasi dan pengimejan yang merakam perkembangan embrio sepanjang tempoh pengkulturan
- Ujian Genetik Pra-Implantasi untuk Aneuploidi (PGT-A) menilai bilangan kromosom dalam embrio
Time-Lapse Embryo Imaging membolehkan ahli embriologi mengikuti perkembangan embrio tanpa perlu mengeluarkannya daripada inkubator untuk pemeriksaan rutin. Setelah embrio mencapai peringkat blastokista, PGT-A pula boleh dilakukan untuk mengenal pasti embrio yang dijangka mempunyai bilangan kromosom yang lengkap.
Gabungan maklumat ini membantu pakar fertiliti dan ahli embriologi membuat pertimbangan yang lebih menyeluruh apabila memilih embrio untuk dipindahkan. Teknologi ini tidak mengubah atau memperbaiki embrio, tetapi membantu pasukan rawatan memahami setiap embrio dengan lebih baik.
Siapakah yang Boleh Mempertimbangkan Pakej IVF NextGen Sophea?
Pakej ini tidak semestinya diperlukan oleh setiap pesakit yang menjalani IVF. Ia mungkin dipertimbangkan jika anda:
- berusia 35 tahun ke atas
- pernah mengalami keguguran berulang
- pernah menjalani rawatan IVF yang tidak berjaya
- ingin mendapatkan maklumat tambahan tentang bilangan kromosom embrio sebelum pemindahan
- mempunyai beberapa blastokista yang sesuai untuk menjalani ujian PGT-A
- ingin meneroka pendekatan IVF yang lebih diperibadikan berdasarkan sejarah dan keperluan rawatan anda
Pakar fertiliti Sophea akan menilai umur, rizab ovari, sejarah kehamilan dan rawatan terdahulu serta bilangan embrio yang dijangka diperoleh sebelum membincangkan sama ada pakej ini sesuai untuk anda.
Bagaimanakah Pakej IVF NextGen Sophea Menyokong Rawatan Anda?
Pelan Rawatan yang Disesuaikan untuk Anda
- Tiada satu pelan IVF yang sesuai untuk semua orang. Rawatan anda akan dirancang berdasarkan keadaan kesihatan, rizab ovari, sejarah rawatan dan matlamat anda.
- Sepanjang rawatan, tindak balas ovari akan dipantau dan pelan rawatan mungkin disesuaikan mengikut perkembangan semasa agar setiap langkah kekal selaras dengan keperluan anda.
Gambaran Perkembangan Embrio yang Lebih Menyeluruh
- Time-Lapse Embryo Imaging merakam imej embrio secara automatik sepanjang tempoh pengkulturan di dalam inkubator khas. Embrio tidak perlu dikeluarkan daripada persekitaran kulturnya untuk pemeriksaan rutin.
- Rakaman ini membolehkan ahli embriologi melihat corak pembahagian sel dan perkembangan embrio dari semasa ke semasa, bukan hanya berdasarkan pemerhatian pada waktu tertentu. Maklumat tersebut digunakan bersama penilaian makmal yang lain untuk membantu proses pemilihan embrio.
Maklumat Kromosom Sebelum Pemindahan Embrio
- PGT-A ialah ujian saringan yang menilai bilangan kromosom dalam embrio. Apabila embrio mencapai peringkat blastokista, beberapa sel diambil dengan teliti dan dihantar ke makmal khusus untuk dianalisis.
- Keputusan ujian membantu mengenal pasti embrio yang dijangka mempunyai bilangan kromosom yang lengkap untuk dipertimbangkan bagi pemindahan. Bagi pesakit tertentu, maklumat ini juga boleh membantu mengurangkan kemungkinan pemindahan embrio yang mempunyai bilangan kromosom tidak lengkap.
- PGT-A tidak mengesan semua keadaan genetik dan keputusannya tidak dapat menentukan dengan pasti sama ada sesuatu embrio akan berjaya diimplantasi atau berkembang menjadi kehamilan yang sihat.
Pemindahan Embrio yang Dirancang dengan Teliti
- Embrio akan dibekukan selepas biopsi sementara menunggu keputusan PGT-A. Setelah keputusan diterima, pakar fertiliti dan ahli embriologi akan menerangkan embrio yang tersedia serta membincangkan langkah seterusnya bersama anda.
- Embrio yang dipilih kemudiannya boleh dinyahbekukan dan dipindahkan melalui kitaran Pemindahan Embrio Beku (FET) apabila lapisan rahim telah bersedia.
Apakah yang Termasuk dalam Pakej IVF NextGen Sophea?
Pakej ini merangkumi:
- Yuran konsultasi doktor
- Ubat-ubatan IVF standard, termasuk suntikan rangsangan ovari dan ubat sokongan fasa luteal sehingga ujian kehamilan
- Sedasi oleh pakar bius
- Caj bilik pembedahan
- Prosedur makmal IVF, termasuk Suntikan Sperma Intra-Sitoplasma (ICSI), kultur blastosis, Penetasan Berbantu Laser, EmbryoGlue dan kriopreservasi embrio sehingga 6 bulan
- Teknologi Time-Lapse Embryo Imaging untuk embrio yang layak
- Ujian PGT-A untuk sehingga 5 blastokista (caj tambahan dikenakan bagi setiap blastokista tambahan)
- Satu kitaran Pemindahan Embrio Beku (FET)
Ambil Langkah Seterusnya Bersama Pakar Fertiliti Kami
Jika anda sedang berusaha untuk hamil dan memerlukan panduan, pakar fertiliti Sophea sedia mendengar, memahami keadaan anda dan membantu mengenal pasti pilihan yang sesuai.
Kenali pakar-pakar fertiliti kami di bawah dan pilihlah doktor untuk membuat temu janji anda.
-
Dr Norazlin Rosli
Pengarah Perubatan (Sophea Petaling Jaya), Pakar Obstetrik, Ginekologi & Fertiliti- Sophea@Petaling Jaya
-
Dr Noor Shaheeran Binti Abdul Hayi
Pakar Obstetrik, Ginekologi & Fertiliti- Sophea@Petaling Jaya
-
Dr Maiza Binti Tusimin
Pakar Obstetrik, Ginekologi & Fertiliti- Sophea@Petaling Jaya
-
Dr Salleha Binti Khalid
Pengarah Perubatan (Sophea Bangi) & Pakar Obstetrik, Ginekologi & Fertiliti- Sophea@Bangi
-
Dr Nuguelis Binti Razali
Pakar Obstetrik, Ginekologi & Fertiliti- Sophea@Bangi