Apakah Itu Pembekuan Embrio dan Bagaimanakah Ia Membantu?
Pembekuan embrio, turut dikenali sebagai kriopemeliharaan embrio (embryo cryopreservation), ialah kaedah menyimpan embrio yang dihasilkan melalui rawatan IVF atau ICSI untuk kegunaan pada masa hadapan.
Embrio yang dinilai sesuai akan dibekukan dan disimpan di dalam nitrogen cecair pada suhu sekitar –196°C. Suhu yang sangat rendah ini membantu mengekalkan embrio sehingga anda bersedia untuk meneruskan rawatan.
Apabila tiba masanya, embrio akan dicairkan dan dinilai sebelum dipindahkan ke dalam rahim melalui kitaran pemindahan embrio beku (Frozen Embryo Transfer, FET).
Dengan menyimpan embrio yang masih berbaki daripada satu kitaran IVF, anda berpeluang menjalani pemindahan embrio seterusnya tanpa perlu mengulangi proses rangsangan ovari dan pengambilan telur. Embrio yang disimpan juga boleh digunakan untuk mencuba kehamilan pada masa hadapan atau menambah ahli keluarga apabila anda bersedia.
Adakah Pembekuan Embrio Sesuai untuk Anda?
Pembekuan embrio mungkin boleh dipertimbangkan jika:
Anda Sedang Menjalani Rawatan IVF
- Terdapat embrio yang sesuai dan masih berbaki selepas pemindahan embrio
- Anda ingin menyimpan embrio untuk percubaan seterusnya sekiranya rawatan pertama belum berjaya
- Anda ingin merancang kehamilan pada masa hadapan tanpa mengulangi keseluruhan proses rangsangan ovari dan pengambilan telur
Anda Bakal Menjalani Rawatan Perubatan Tertentu
- Anda bakal menjalani kemoterapi, radioterapi atau rawatan lain yang boleh menjejaskan kesuburan
- Keadaan kesihatan atau rawatan anda mungkin mengurangkan peluang untuk menghasilkan telur atau sperma pada masa hadapan
- Anda ingin memelihara pilihan untuk mendapatkan zuriat sebelum memulakan rawatan perubatan
Jika pembekuan embrio perlu dilakukan sebelum rawatan seperti kemoterapi atau radioterapi, sebaik-baiknya berbincang dengan pakar fertiliti seawal mungkin.
Anda Berisiko Mengalami Sindrom Hiperstimulasi Ovari (OHSS)
Jika terdapat risiko sindrom hiperstimulasi ovari (OHSS), pemindahan embrio mungkin ditangguhkan bagi memberi masa kepada tubuh anda untuk pulih. Embrio yang sesuai boleh dibekukan terlebih dahulu dan dipindahkan melalui kitaran FET apabila keadaan anda lebih stabil.
Apakah yang Perlu Anda Ketahui?
Tidak semua embrio sesuai untuk dibekukan. Ahli embriologi akan menilai perkembangan dan kualiti setiap embrio sebelum menentukan embrio yang sesuai untuk disimpan.
Walaupun kebanyakan embrio dapat bertahan selepas proses pembekuan dan pencairan, ada juga yang mungkin tidak bertahan. Pembekuan embrio tidak menjamin kehamilan kerana peluang kejayaan turut dipengaruhi oleh faktor seperti umur ketika telur diambil, kualiti embrio dan kesihatan rahim.
Pakar fertiliti dan ahli embriologi Sophea akan menerangkan proses pembekuan, penyimpanan dan penggunaan embrio supaya anda dapat memahami pilihan yang tersedia dan membuat keputusan dengan lebih yakin.
Ambil Langkah Seterusnya Bersama Pakar Fertiliti Kami
Jika anda sedang berusaha untuk hamil dan memerlukan panduan, pakar fertiliti Sophea sedia mendengar, memahami keadaan anda dan membantu mengenal pasti pilihan yang sesuai.
Kenali pakar-pakar fertiliti kami di bawah dan pilihlah doktor untuk membuat temu janji anda.
-
Dr Norazlin Rosli
Pengarah Perubatan (Sophea Petaling Jaya), Pakar Obstetrik, Ginekologi & Fertiliti- Sophea@Petaling Jaya
-
Dr Noor Shaheeran Binti Abdul Hayi
Pakar Obstetrik, Ginekologi & Fertiliti- Sophea@Petaling Jaya
-
Dr Maiza Binti Tusimin
Pakar Obstetrik, Ginekologi & Fertiliti- Sophea@Petaling Jaya
-
Dr Salleha Binti Khalid
Pengarah Perubatan (Sophea Bangi) & Pakar Obstetrik, Ginekologi & Fertiliti- Sophea@Bangi
-
Dr Nuguelis Binti Razali
Pakar Obstetrik, Ginekologi & Fertiliti- Sophea@Bangi